API Masa Nyata
API Pengangkutan (GTFS)

Endpoint API GTFS Statik

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/<agency>

Apakah fungsi API GTFS Statik?

API GTFS Statik menyediakan akses kepada jadual pengangkutan awam serta maklumat geospatial yang telah dipiawaikan mengikuti General Transit Feed Specification (GTFS). Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai GTFS, anda boleh merujuk dokumentasi GTFS (opens in a new tab) yang disediakan oleh Google.

Sumber Data bagi GTFS Statik

API GTFS Statik menggabungkan data dari pelbagai agensi pengangkutan di Malaysia. Data kami kini merangkumi:

  • KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) (opens in a new tab): Pengendali keretapi yang menyediakan perkhidmatan keretapi di seluruh negara.
  • Prasarana (opens in a new tab): Pengendali pengangkutan awam yang bertanggungjawab mengurus pelbagai mod pengangkutan termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa), monorel, dan perkhidmatan bas.
  • BAS.MY (opens in a new tab): Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) di seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh pelbagai pengendali perkhidmatan. Endpoint untuk Johor Bahru, Kangar, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, dan Kuching sudahpun tersedia. Kami merancang untuk menambah liputan ke Melaka, Seremban, dan Ipoh menjelang 15 November 2025.

Kekerapan Kemaskini

  • GTFS bagi KTMB: Setiap hari pada pukul 00:01:00.
  • GTFS bagi Prasarana: Apabila perlu.
  • GTFS bagi BAS.MY: Apabila perlu.

Jika anda menjadualkan cron, kami syorkan untuk mengemaskini data statik sekurang-kurangnya sekali sehari, pada jam 4 pagi, iaitu sejurus sebelum perkhidmatan rel dan bas di seluruh negara mula beroperasi.

Format Permintaan (Query) dan Respon

API GTFS Statik menyediakan akses kepada data pengangkutan awam sebagai koleksi fail teks yang dibekalkan bersekali dalam fail ZIP. Anda boleh mengakses fail-fail data ini melalui endpoint berikut:

KTMB

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/ktmb
# Fail ZIP dikembalikan

Prasarana

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/prasarana?category=<category>
# Fail ZIP dikembalikan
  • Senarai nilai sah bagi <category> adalah rapid-bus-penang, rapid-bus-kuantan, rapid-bus-mrtfeeder, rapid-rail-kl & rapid-bus-kl.
  • Nota: Segelintir kecil perjalanan (~2%, diperincikan sepenuhnya dalam CSV ini (opens in a new tab)) bagi endpoint rapid-bus-kl telah dikeluarkan daripada fail stop_times.txt kerana isu operasi yang memberi kesan kepada ketepatan data. Kami sedang berusaha untuk menyempurnakan dan memasukkan semula perjalanan tersebut dalam data GTFS yang dibekalkan.

BAS.MY Kangar

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-kangar
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Alor Setar

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-alor-setar
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Kota Bharu

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-kota-bharu
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Kuala Terengganu

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-kuala-terengganu
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Melaka

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-melaka
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Johor Bahru

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-johor
# Fail ZIP dikembalikan

BAS.MY Kuching

GET https://api.data.gov.my/gtfs-static/mybas-kuching
# Fail ZIP dikembalikan

Memahami data GTFS

Setelah mengekstrak fail ZIP yang diperoleh dari API, anda akan mendapat beberapa fail dalam format .txt. Berikut adalah fail utama yang disediakan oleh semua agensi:

Jenis fail GTFSPenerangan
agency.txtMaklumat mengenai agensi pengangkutan
stops.txtMaklumat mengenai hentian pengangkutan
routes.txtButiran mengenai laluan pengangkutan
trips.txtPerjalanan khusus dengan maklumat laluan berkaitan
stop_times.txtJadual dan butiran hentian bagi perjalanan
calendar.txtStatus perkhidmatan untuk tarikh tertentu

Fail lain seperti frequencies.txt dan shapes.txt dibekalkan sekiranya tersedia oleh agensi. Untuk butiran lanjut, anda boleh merujuk Rujukan Transit Statik (opens in a new tab).