Pengesahan

Permohonan Token API

Walaupun penggunaan OpenAPI tidak memerlukan sebarang token pengesahan, kami menyediakan pilihan untuk memohon token jika penggunaan anda melebihi had kadar penggunaan awam yang ditetapkan. Untuk memohon token API, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hantar emel ke data.dtsa@jdn.gov.my dengan butiran berikut:

    • Nama anda
    • Alamat emel anda
    • Sebab peningkatan had kadar penggunaan
  2. Permohonan anda akan dinilai oleh pihak kami, mengikut kes demi kes.

  3. Jika permohonan anda diluluskan, anda akan menerima token API melalui emel dari pihak kami.

Menggunakan Token API Anda

Setelah anda mendapatkan token API, anda perlu menyertakannya dalam permintaan API anda untuk pengesahan dan mendapatkan akses kepada had penggunaan yang lebih tinggi. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyertakan token API anda dalam permintaan HTTP:

  1. Tambahkan 'header' berikut ke permintaan anda:

    Authorization: Token <TOKEN_ANDA_DI_SINI>

    Gantikan <TOKEN_ANDA_DI_SINI> dengan token yang diterima.

  2. Hantar permintaan HTTP anda dengan 'header' Authorization yang ditambahkan.